Duration 9:17

Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM)

175 watched
0
2
Published 30 Dec 2021

PENGENALAN Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM) telah ditubuhkan pada tahun 2003 di Kampus Kesihatan USM, Kelantan yang terletak di sebelah pantai timur Semenanjung Malaysia, yang kemudiannya ditambah ke kampus induk Pulau Pinang. Aktiviti utama INFORMM ialah Penyelidikan dan Inovasi, dan Latihan Pasca Siswazah. Aktiviti penting lain ialah Rangkaian dan Hubungan, serta Komuniti dan Rangkaian Industri. INFORMM bermula sebagai program penyelidikan pelbagai disiplin bioteknologi perubatan diterajui oleh sebelas penyelidik utama dari Pusat Pengajian Sains Perubatan, Sains Pergigian dan Sains Kesihatan di Kampus Kesihatan USM di Kelantan. Pada tahun 2001, Naib Canselor USM ketika itu telah menjalankan audit terhadap program penyelidikan di USM untuk menanda aras piawaian antarabangsa. Program penyelidikan bioteknologi perubatan telah memenuhi kesemua sepuluh kriteria yang ketat dan juga memenuhi kriteria ketat yang ditetapkan oleh USM untuk pembentukan sebuah institut. Oleh itu pada tahun 2003, Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM) telah ditubuhkan di USM Kampus Kesihatan. INFORMM merupakan institut pertama di USM yang dibentuk berdasarkan "bawah ke atas" yang mendapat pengiktirafan rasmi oleh Universiti dan Kementerian Pendidikan Tinggi. Pada tahun 2004, cawangan INFORMM, Kampus Pulau Pinang telah ditubuhkan dan fasiliti baharu siap pada tahun 2007. Y. Bhg. Prof. Datuk Dr. Asma Ismail ialah Pengarah Pengasas INFORMM sehingga tahun 2008, diikuti oleh empat Pengarah lain sehingga kini. INFORMM mengamalkan falsafah Penyelidikan-Pembangunan-Pengkomersilan (R-D-C-) dan fokus kepada pelaksanaan agenda universiti yang terdiri daripada empat elemen: i) menghubungkan industri dan inovasi ii) impak kepada masyarakat, khususnya ‘bottom billions’, iii) menukar teknologi kepada pengkomersilan iv) menjana pendapatan ke universiti. Pendekatan ini selaras dengan model quadruple helix kerajaan Malaysia iaitu untuk Penyelidikan & Inovasi mampan di mana aktiviti memberi manfaat kepada akademia, kerajaan, industri dan masyarakat (pengguna).

Category

Show more

Comments - 0