Duration 6:15

PH Tawar Rumah Buat Penduduk Terkesan Projek Landasan Keretapi Berkembar, PN Jangan Batalkan Pulak

1 009 watched
0
42
Published 8 Jul 2020

Terdapat hampir 30 buah rumah di Jalan Hujung dan Jalan Budiman di Kg Melayu Majidee, Johor Bahru yang terkesan dengan projek pembinaan landasan keretapi berkembar elektrik. Rumah mereka yang tinggal sekarang ada yang dah roboh separuh, ada yang dinding retak, ada yang air masuk bila hujan lebat. Selepas melalui pelbagai rundingan dan mencari jalan penyelesaian, usaha Parlimen Johor Bahru membuahkan hasil sebelum ini apabila Kerajaan Negeri Pakatan Harapan ketika itu telah meluluskan tawaran rumah mampu milik di Taman Perbadanan Islam Taman Stulang Baru. Namun, tiba-tiba peralihan kuasa kepada Perikatan Nasional menyebabkan tawaran ini tergantung. Lebih merunsingkan penduduk apabila ada ura-ura bahawa rumah mampu milik tersebut yang telah siap akan diagihkan pula kepada orang lain. Saya merayu kepada Kerajaan Negeri janganlah batalkan kelulusan sebelum ini. Yang kita rayu ini tak sampai pon 30 buah keluarga. Janganlah kerana yang luluskan adalah PH maka hendak dibatalkan. Kasihanilah mereka. Paling kurang bagilah pertimbangan dahulu. Tolong kongsikan kisah ini sebagai menyokong usaha kita membela nasib mereka. Sebarkan!

Category

Show more

Comments - 8