Duration 11:34

TARIAN DAN MUZIK TRADISI DUSUN KIMARAGANG

11 620 watched
0
224
Published 8 Aug 2020

Pemuzik tradisional Kumpulan Warisan Pinakang Kimaragang Kg. Tingkalanon memang tidak asing lagi di kawasan Tandek dan Kota Marudu kerana sering dijemput untuk membuat persembahan dalam sesuatu majlis keramaian dan program kerajaan serta NGO. Saya bangga jadi anak jati KIMARAGANG. -------------------------------------------------------------------------------- • ETNIK DUSUN - KIMARAGANG • Suku Kimaragang salah satu etnik/kaum yang ada dalam rumpun Momogun, setelah berpindah dari Nunuk Ragang, telah tiba di satu kawasan yang dikenali sebagai Sonsogon. Kedudukan Sonsogon yang dimaksudkan terletak di sempadan Teluk Marudu dan Tongod yang berada di kawasan Daerah Kota Marudu di Negeri Sabah. Sonsogon adalah nama sebuah Sungai yang terdapat di kawasan tersebut dan perkampungan Sonsogon diambil sempena nama Sungai berkenaan. Adalah dipercayai kata nama Kimaragang diambil berdasarkan warna pakaian yang dipakai oleh suku ini, yang mana pakaian ini kelihatan berwarna merah dari jauh. Pakaian ini diperolehi daripada Kulit Kayu yang dinamai Pokok Paliu dan Pokok Timbagan. Cara untuk menghasilkan pakaian itu adalah bermula dengan menebang pokok berkenaan, memotong batang mengikut ukuran panjang tertentu, kemudian kulitnya dikopek. Kulit yang telah dikopek itu kemudian diletakkan di atas batang kayu lalu dipukul-pukul dengan menggunakan dahan kayu sehingga lembut dan halus. Wanita-wanita Kimaragang 'mereka' lalu menjadikan kulit kayu yang sudah halus itu sebagai pakaian yang menutup badan dari bahagian dada hingga ke lutut bagi perempuan dewasa dan remaja manakala dijadikan Santut bagi Lelaki dewasa. Menurut cerita, ada satu ketika dahulu Orang-orang Tongod yang digelar keturunan 'Puawang' yang bermaksud 'peramah', mengadakan satu Pesta Keramaian yang turut mengundang orang-orang Kimaragang ini sebagai tetamu mereka. Tetamu undangan ini kononnya datang secara beramai-ramai dan dari jauh, tetamu orang-orang Tongod itu 'kelihatan' kemerah-merahan kesemuanya kerana mereka memakai 'seragam' yang kesemuanya berwarna Merah dan pada pengamatan orang-orang Tongod, suasana sebegitu segar serta meriah. Di sebabkan rasa hairan dan takjub, orang-orang Tongod menggelar tetamu itu sebagai Kimaragang yang membawa maksud kemerah-merahan atau merah dan gelaran itu kekal sehingga kini. Etnik Kimaragang ini adalah di antara etnik yang tertua yang bermakna penduduk asal yang mendiami Tandek, Kota Marudu dan juga sebahagian kawasan Pitas yang bersempadan dengan Tandek.' Tarian tradisional kaum Kimaragang yang terkenal adalah tarian Pinakang yang menggunakan alat musik seperti kulintangan dan gong. Salah satu budaya orang Dusun Kimaragang yang menjadi kebanggaan mereka adalah khazanah sastera rakyat dalam bentuk pantun (dikenali sebagai bo’or) yang begitu masyhur di Sabah. Namun pada masa kini bo’or hanya dituturkan semasa majlis keramaian tertentu dan tidak lagi digunakan secara meluas. Selain itu baju Kinaling merupakan pakaian tradisional suku kaum Dusun Kimaragang. Ia biasanya berwarna hitam dengan ikat pinggang berwarna warni yang dibuat daripada perak dan ada pula yang diperbuat dari Rotan. SUMBER : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=754640944679621&id=100004011674354 #kimaragang #pinakang #dennischannel

Category

Show more

Comments - 149